mengutuk | 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengutuk | 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serapah | 1 kata-kata yg diucapkan utk mengutuk atau utk menyumpah: sumpah ~ berbagai-bagai kutukan; kena ~ terkena kutuk atau terkena sumpah. 2 jampi atau mantera yg tidak menggunakan ayat-ayat Quran. menyerapah 1 mengeluarkan kata-kata utk mengutuk atau utk menyumpah. 2 membaca mantera utk mengubati orang sakit dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kutuk | , = kutukan perkataan yg mendatangkan kecelakaan kpd seseorang; sumpah; laknat: tertimpa ~ Tuhan. mengutuk 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. terkutuk 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. pengutuk orang atau pihak yg mengutuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melaknati | mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerapah | 1. mengutuk, menyeranah, menyumpahi; 2. mengucapkan jampi atau mantera (utk menghalau hantu dll): pawang dan bomoh sibuk menjampi, ~ di kaki, di kepala si sakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melaknat | mengenakan laknat kpd; mengutuk: Allah ~ orang yg memberi dan menerima rasuah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seranah | kata-kata yg mengutuk (menista dll), serapah; sumpah ~ berbagai-bagai kutuk dan nista; menyeranah mengutuki, menyumpahi: Hajah Kadiah ~ dan menyumpah babi-babi yg memakan ubinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menulah | mengenakan tulah pd; mengutuk atau menyumpah seseorang (supaya mendapat kemalangan). | Kamus Pelajar |
melaknat | mengenakan laknat kpd; mengutuk: Allah ~ orang yg memberi dan menerima rasuah. | Kamus Pelajar |