tamat | 1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayatnya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana caranya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ijazah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn memberhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyem | Jk 1. bp tidak tentu hala (rasa hatinya), tidak beres, tidak selesai dll: ia menjadi ~ memikirkan hal anaknya; 2. (Sunda) bp gatal-gatal tubuhnya, renyam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekhalifahan | keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyempurnakan | 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berakhir | 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesai | 1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sementara | 1 tidak tetap selama-lamanya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asal | 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancangan ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkatan | 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempurna | 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |