Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seliang

Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rumpun1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), se­golongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan ter­golong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tum­buh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebusj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas