Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembah-sembah

Puisi
 

Kapal Bugis sudah datang,
     Sembah barang kepada raja;
Sudah lama abang berdagang,
     Sampai masa nak balik juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Titah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
takzimamat hormat: sembah ~ sembah hormat. mentakzimkan memberi hormat; menghormati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takzimamat hormat: sembah ~ sembah hormat.Kamus Pelajar
sembah takzimsembah hormat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengangkat sembahmelakukan sembah; menyembah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angkat sembahmelakukan sembah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sembah sujudmemberi hormat kpd raja dll dgn bertelut serta menundukkan kepala ke tanah: Walaupun engkau ~ kpdku, aku tidak akan memaafkan kesalahanmu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sembahme­ngunjukkan (mem­­berikan dsb) se­suatu dgn hormat: Ben­tara telah ~ surat tsb kpd baginda. mempersembahkan 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. persembahan 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. penyembahan perbuatan atau hal menyembah. penyembah orang yg menyembah; pemuja: ~ batu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sembah sujudmemberi hormat dgn bertelut sambil me­nundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti, dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sembah simpuhdgn hormat dan takzim;Kamus Dewan Edisi Keempat
sembah -simpuhtertib sopan (kelakuan);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas