Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tampan (adjektif)
1. Bersinonim dengan segak: cantik, lawa, jelita, rupawan, juita, kacak, molek, ranggi, anggun, manis, menarik, indah, elok, ayu, bergaya, berupa, mongel, gambang, kirana, laksemi, jambu, jombang, apas,
Berantonim dengan hodoh

2. Bersinonim dengan layak: cocok, sesuai, padan, patut, kena, pantas, cekap,

Kata Terbitan : tampannya, tampan-tampannya, ketampanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tampang muka1. rupa (bentuk) muka, tampan muka, paras, wajah: biarpun kulitnya sudah mulai kerenyut di sini sana, namun ~ dan air mukanya tetap manis;Kamus Dewan Edisi Keempat
tampang III= ~ muka 1. rupa (bentuk) muka, tampan muka, paras, wajah: biarpun kulitnya sudah mulai kerenyut di sini sana, namun ~ dan air mukanya tetap manis; menjual ~ berlagak; 2. bentuk muka dipandang dr sisi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampan mukaair muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya?Kamus Dewan Edisi Keempat
tampan I1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; po­tong­­an badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawa­kan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ se­orang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gela­gat­nya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh diper­cayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mematut-matutkan dirimencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
mematutkan1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll):Kamus Dewan Edisi Keempat
patut I1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, se­nonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memper­elok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menye­lidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas