Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, meng­anggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tidak mungkin, tidak boleh jadi, tidak masuk akal, tidak munasabah, bukan-bukan, tidak-tidak, ganjil-ganjil, tidak beralasan, muhal, lengkara;,

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
rambang sebagai input dan menghasilkan satu nilai bit ringkasan yang bersaiz tetap sebagai output. Operasi cincangan adalah sehala kerana melibatkan pengguguran sebahagian bit daripada nilai asal. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mendapatkan semula nilai asal daripada bit nilai ringkasan yang diperoleh. cincangan kriptografi (Ig. cryptographic hashing; Br. cincangan kriptografi; Id. cincang kriptografi) Cincangan sehala yang menggunakan teknik penyulitan untuk mengubah kepada suatu mesej ringkasan, MD, yang bersaiz tetap. Fungsi cincangan sehala mempunyai ciri unik yang mudah untuk memperoleh MD daripada H(M) atau pengaplikasian fungsi cincangan sehala pada mesej, tetapi mustahil untuk memperoleh Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 34 6/6/11 4:01:37 PM 35 M daripada H’(MD), atau penyongsangan fungsi cincangan sehala pada ringkasan mesej. Hal ini

Kembali ke atas