[a.man] | امان
Definisi : 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan, permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gangguan atau sesuatu yg tidak menyenangkan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah, pesan: begitulah ~ raja kpd puteranya; mengamankan 1. menjadikan aman (tenteram, tenang), menyentosakan, menenteramkan: rundingan-rundingan itu bertujuan utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk ~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat dlm penjara; keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; pengamanan perbuatan (usaha dsb) mengamankan, penenteraman; pengaman orang (pihak) yg mengamankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.man] | امان
Definisi : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan; tenteram; sentosa: Malaysia merupakan negara kecil tetapi ~ dan makmur. Semenjak penjahat-penjahat itu ditangkap, kampung ini sudah ~. mengamankan menjaga supaya aman; menjadikan aman; menenteramkan: Tugas polis dan tentera ialah ~ negara. Pasukan tentera Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dpt ~ keadaan huru-hara di Asia Barat. keamanan keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. pengamanan perihal atau perbuatan (usaha dsb) mengamankan. pengaman orang, pihak dsb yg mengamankan: tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)