Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
RC2/RC4 algorithm; Br. algoritma RC2/ RC4; Id. algoritma RC2/RC4) Dua jenis algoritma penyulitan berbeza yang dihasilkan sebagai produk penyulitan. Algoritma RC2 ialah sifer blok yang menggunakan kekunci bersaiz antara 8 hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju daripada DES. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma ini digunakan untuk SSL dan protokol penyulitan tanpa wayar WEP. algoritma kriptografi algoritma RC2/RC4 Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 6 6/6/11

Kembali ke atas