Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sas] | اساس

Definisi : ; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1 tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2 apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini adalah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asas


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam. agihan terpercaya (Ig. trusted distribution; Br. agihan dipercaya; Id. distribusi terpercaya) Kaedah untuk mengagihkan perkakasan, perisian, media dan data yang terlibat dalam Asas Pengkomputeran Terpercaya (TCB) dengan cara yang terlindung dan terkawal. Kaedah ini melibatkan perlindungan aset komputer daripada perubahan semasa pengagihan. Setiap aset komputer akan diteliti untuk mengesan perubahan sebelum dimasukkan ke Ig. symmetric encryption algorithm) Lihat algoritma kekunci rahsia. algoritma penyulitan Skipjack (Ig. Skipjack encryption algorithm; Br. algoritma penyulitan Skipjack; Id. algoritma enkripsi Skipjack) Algoritma penyulitan yang digunakan sebagai fungsi penyulitan asas dalam cip Clipper. Algoritma ini ialah suatu sifer blok yang menggunakan kekunci 80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang

Kembali ke atas