Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.li] | اصلي

Definisi : 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri; orang ~ pen­duduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg ber­asal dr sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang; keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.li] | اصلي

Definisi : 1 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: getah ~; emas ~. 2 bukan tiruan atau bukan jiplakan: Inilah karangan ~ pengarangnya, bukan terjemahan drpd karangn lain. keaslian keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asli

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
aksara khas yang sepatutnya ada dalam kata laluan. sistem sentuh selamat (Ig. touchsafe system; Br. sistem sentuh selamat ; Id. sistem aman sentuh) 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyahihan identiti

Kembali ke atas