Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.dit] | اءوديت

Definisi : (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk mem­buktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapat­kan pandangan tentang penyata kewangan se­sebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilaku­kan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh per­akaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg di­lakukan pd sesebuah organisasi spt yg diper­untuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendali­kan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg ter­tumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disedia­kan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.dit] | اءوديت

Definisi : pemeriksaan dan pengesahan sesuatu akaun (oleh akauntan). mengaudit memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. pengauditan perbuatan atau hal mengaudit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audit


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
jaminan keselamatan; Id. jaminan sekuritas) Tahap keyakinan atau kepastian yang ciri dan mekanisma keselamatan digunakan oleh suatu sistem komputer mampu melindungi dan menguatkuasakan dasar keselamatan pada sistem komputer berkenaan. jejak audit keselamatan (Ig. security audit trail; Br. jejak audit keselamatan; Id. jejak audit sekuritas) Rekod atau fail yang merakamkan tarikh, masa dan ID pengguna atau proses yang menggunakan sebarang sumber sistem seperti melancarkan arahan atau

Kembali ke atas