Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.san] | بالسن

Definisi : ark balsam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
penekaan kekunci penyulitan atau kripanalisis. Ladang pelayan biasanya diselenggarakan oleh satu organisasi dan ditempatkan dalam satu premis khusus. langkah balas keselamatan (Ig. security countermeasure; Br. langkah balas keselamatan; Id. tindakan balasan sekuritas) Tindakan, peranti, prosedur, teknik atau perkara lain yang digunakan untuk mengurangkan suatu ancaman sistem maklumat yang khusus. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 66 6/6/11 4:01:48

Kembali ke atas