Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan Kamus Istilah MABBIM yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang terdapat dalam kamus ini dipetik terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar Zakaria (UM), Dr. Adli Abdul Wahid (UIAM) dan Dr. Hafiz Mohd. Sarim (UKM) yang begitu bersungguh-sungguh menangani penyusunan kamus ini. Begitu juga kepada Puan Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohamad Asri yang bertanggungjawab sebagai penasihat projek dan Puan Norhasmanalinda Haji Mustapa serta Puan Nawal

Kembali ke atas