Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : (bénténg) 1. tembok (drpd batu, tanah, dll) utk mempertahankan kota dll drpd serangan musuh: ~ serupa itu dgn mudah dapat ditembusi musuh; 2. tempat yg diperkuat dgn tembok: Singapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dlm Perang Dunia Kedua; 3. tembok atau binaan yg dipertinggi (drpd tanah dll) utk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api; 4. tempat yg bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu: pd malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; 5. pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yg mempertahan atau melindungi sesuatu: Malaysia dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara; 6. tir (nama sj buah catur); berbenteng mempunyai benteng;berbentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng;membentengi memperkuat (menahan dll) dgn benteng, mempertahankan, melindungi: ketenangan adalah senjata yg ~ diri drpd menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : /bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benteng


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sesuatu kekunci awam atau rahsia boleh digunakan bagi suatu komunikasi. Oleh sebab penyahsulitan hanya boleh Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 38 6/6/11 4:01:38 PM 39 hos benteng hos penyamaran dilakukan dengan kekunci rahsia, penyerang akan sentiasa cuba mendapatkan atau menekanya. Hayat kekunci yang terhad akan menyukarkan serangan seperti hentam kromo. hos benteng (Ig. bastion host; Br. hos benteng; Id. hos benteng) Sistem yang digunakan dalam suatu rangkaian komputer yang telah diperkuat bagi menghadapi sebarang serangan. Hos benteng ini biasanya merupakan komponen tembok

Kembali ke atas