Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dapat dibekalkan. imbas retina mata (Ig. eye retina scan; Br. imbas retina mata; Id. pindai retina mata) Kaedah pengecaman biometri yang melibatkan pengesanan corak retina. Kaedah imbasan retina mata sama berkesan dengan pengesanan cap jari tetapi lebih sukar dipalsukan atau disamarkan kerana melibatkan bahagian dalam badan manusia. Pengimbasan dilakukan dengan menyerakkan 8 hingga 12 titik dari imej yang diambil dan membandingkannya asimetri; Id. kriptografi asimetri) Kaedah kriptografiyangkekuncipenyulitannyaberbezadengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transfomasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung. kriptografi kekunci awam (Ig. public key cryptography; Br. kriptografi kekunci awam; Id. kriptografi kunci publik) Kaedah penyulitan

Kembali ke atas