Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari salah guna kata laluan (Ig. password misuse; Br. salah guna kata laluan; Id. salah guna sandi lewat) Penyalahgunaan kata laluan milik individu lain yang bercanggah dengan dasar kata laluan. Contohnya, berkongsi kata laluan dengan individu lain tanpa kebenaran pentadbir sistem. salah guna keistimewaan (Ig. abuse of privilege; Br. salah guna keistimewaan; Id. penyalahgunaan hak khusus) Perbuatan yang dilakukan oleh pengguna atau

Kembali ke atas