Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­un-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ma] | برسام

Definisi : 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama

Puisi
 

Makan sirih dalam cerana,
     Daun sirih sudah layu;
Ke hulu bersama ke hilir bersama,
     Macamlah isi dengan kuku.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Bertongkat tebu.

Bermaksud :

Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
indd 10 6/6/11 4:01:28 PM 11 antara muka get laluan sepunya (Ig. common gateway interface (CGI); Br. antara muka get laluan sepunya (CGI); Id. antarmuka gerbang bersama) Set peraturan yang menerangkan cara pelayan web berkomunikasi dengan sesuatu perisian pada sesuatu mesin dan sebaliknya. Sebarang perisian boleh menjadi atur cara antara muka get laluan sepunya, sekiranya perisian tersebut penghantaran. Mesej yang dihantar akan dimasukkan sebagai input dalam suatu rumusan matematik yang dikenali sebagai algoritma tambah semak untuk menghasilkan nilai yang lebih pendek daripada mesej asal. Nilai ini disertakan bersama- sama mesej semasa penghantaran. Apabila mesej diterima, penerima boleh mengesahkan integriti mesej tersebut dengan melalukannya dalam algoritma tambah semak yang sama. Sekiranya nilai yang diperoleh selepas penghantaran adalah sama dengan

Kembali ke atas