Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tir] | بوتير

Definisi : 1. biji yg kecil-kecil: ~ padi; ~ beras; 2. benda yg kecil-kecil (spt intan dll); 3. penjodoh bilangan utk barang-barang kecil yg bulat: se~ telur; dua ~ peluru; 4. bahagian kecil-kecil drpd sesuatu (benda, perkara, dll): dia spt mata-mata gelap yg hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang; ~ debit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; ~ kredit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kanan kira-kira perniagaan; ~ tanah bongkah tanah yg kecil-kecil; berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; tiada ~ Kl tidak terang;berbutir-butir 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain;membutirkan 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara; ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan;butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tir] | بوتير

Definisi : ; ~ nangka a) sj ikan laut, biji nangka, Lutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.; b) Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras pulut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tir] | بوتير

Definisi : 1 benda yg kecil-kecil spt padi: ~ intan; ~ padi. 2 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil atau bulat: tiga ~ telur. 3 ki hal atau perkara yg kecil-kecil ttg sesuatu: Kami memerlukan ~-~ keterangan yg lebih lanjut ttg diri tuan. berbutir berbentuk atau berupa biji-biji kecil: Taburkan baja ~ itu di keliling pangkal pokok. berbutir-butir berbentuk atau berupa butir yg banyak: Sagu yg ~ itu dimakan dgn enak sekali. butiran huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butir


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menyebabkan laluan tersebut mudah dieksploitasi oleh pengguna hasad. saluran pemasaan terselindung (Ig. covert timing channel; Br. saluran waktu terselindung; Id. kanal pewaktuan terselubung) Saluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digabungkan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik

Kembali ke atas