Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Passport. daftar pen (Ig. pen register; Br. daftar pen; Id. register pena) Peranti mekanik atau elektronik yang dipasang pada telefon atau litar telekomunikasi untuk merekodkan semua maklumat panggilan keluar yang dibuat daripada telefon. Maklumat yang direkodkan meliputi nombor telefon yang didail, tarikh, masa mula, masa tamat, dan tempoh panggilan berkenaan. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 27 6/6/11 4:01 jenis capaian (Ig. access type; Br. jenis capaian; Id. tipe akses) Jenis hak capaian kepada suatu peranti, atur cara atau fail. Contohnya, baca, tulis, laksana, sambung, ubah, jalan, padam atau buat. jerat dan jejak (Ig. trap and trace; Br. jebak dan kesan Id. jebak dan lacak) Peranti yang menganalisis isyarat elektronik atau isyarat lain dan seterusnya menentukan identiti pengenalan dan lokasi
|