Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu ter­bitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mem­punyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari; mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : /dokuméntasi/ bukti atau keterangan (buku lama, surat khabar dll) yg terkumpul: ~ perkamusan yg tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum lengkap. filem ~ filem yg menunjukkan peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumentasi


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menjalankan ujian akan memaklumkan kaedah serangan atau penggodaman yang digunakan dan juga hasil yang diperoleh kepada pemilik sistem. Penyerang dianggap akan menggunakan semua pengendalian sistem dan mempunyai capaian ke semua dokumentasi sistem termasuk, reka bentuk, kod atur cara atau skema sistem. Penilai akan mengenakan kawalan dan perlindungan seperti yang biasanya diamalkan untuk mengawal pengguna lain. Sekiranya kelemahan sistem keselamatan ditemui, maka

Kembali ke atas