Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia] | دنيا

Definisi : 1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.nia] | دنيا

Definisi : 1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dunia

Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
boleh tersebar dengan sendiri melalui rangkaian dan berupaya mengeksploitasi ketakteguhan yang terdapat pada hos atau pelayan. Seterusnya hos atau pelayan akan bertindak sebagai pembawa yang akan menyebarkan cecacing ke seluruh dunia. Cecacing rangkaian biasanya menggunakan port 80 yang terbuka untuk sambungan ke laman web untuk penyebaran Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 24 6/6/11 4:01:33 PM 25 cecacing tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. Intranet (Ig. Intranet) Rangkaian dalaman yang menggunakan teknologi Internet dan web. isu persendirian (Ig. privacy issue; Br. isu persendirian; Id. isu privasi) Isu

Kembali ke atas