Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sifar-cetak kaki; Id. nol cetak kaki) Ciri untuk perisian keselamatan pelayan dan penyulitan yang menyatakan bahawa perisian keselamatan berkenaan berjaya dipasang pada sistem pengguna yang mencapai pelayan tersebut tanpa gangguan dan pengetahuan pengguna. cap masa (Ig. timestamp; Br. cop waktu; Id. cap waktu) Rekod masa atau tarikh yang ditulis pada suatu transaksi, mesej, atau data dengan tujuan membezakannya daripada yang penyebab kegoyahan, ancaman atau risiko kepada prasarana pengkomputeran sesebuah organisasi. pelan kesinambungan perniagaan (lg. business continuity plan) Rancangan yang dibuat untuk memastikan urus niaga suatu organisasi dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan atau bencana ke atas organisasi tersebut. Rancangan ini boleh melibatkan sistem teknologi maklumat dan sistem manual. Contohnya, apabila sistem tergendala, sesebuah bank akan menjalankan urus niaga secara manual sementara menunggu

Kembali ke atas