Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.dam] | ݢودم

Definisi : palu (tukul, martil) besar; menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2. (Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu: perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera; penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab; penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.dam] | ݢودم

Definisi : tukul yg besar. menggodam 1 memukul atau menghentam dgn godam dll. 2 menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat yg tersimpan dlm sistem komputer tsb: Perbuatan ~ sistem komputer oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dihapuskan segera. penggodaman perbuatan atau tindakan menggodam sistem komputer orang lain: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mestilah dihentikan. penggodam 1 godam. 2 orang yg menggodam sistem komputer orang lain: Tindakan segera mesti diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata godam


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dalam TCB. Sekiranya perubahan dikesan pada aset berkenaan, maka aset ini akan digugurkan daripada TCB. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:25 PM 4 ahli godam (Ig. hacktivist; Br. aktiviti perentasan; Id. aktivis peretas) Individu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang

Kembali ke atas