Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Keselamatan Komputer ini diharapkan dapat memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar Zakaria (UM), Dr. Adli Abdul Wahid (UIAM) dan Dr tidak disengajakan. analisis ancaman (Ig. threat analysis; Br. analisis ancaman; Id. analisis ancaman) Kajian terhadap niat dan kebolehan sesuatu agen ancaman untuk mengancam suatu sistem komputer atau sistem maklumat yang ingin dilindungi. Kajian ini juga menilai tahap kemungkinan agen ancaman akan melanggar dasar keselamatan atau mengelak mekanisma keselamatan. Lihat juga agen ancaman. analisis kegoyahan (Ig. vulnerability analysis; Br. analisis ketakteguhan; Id

Kembali ke atas