Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. aset komputer (Ig. computer asset) Perkakasan, perisian, data, media dan pengguna yang terlibat dalam pengendalian sebuah sistem komputer atau prasarana pengkomputeran organisasi. atur cara jahat (Ig. Rogue program; Br. atur cara Rogue; Id. program bangsat) Atur cara yang tidak diketahui kewujudannya dalam sistem komputer. Atur cara ini menjalankan tindakan di luar dugaan atau kemahuan pengguna hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti merakamkan aktiviti pengguna tanpa kebenaran (perisian intipan), mempamerkan iklan yang tidak diingini aras keselamatan atur cara jahat Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 12 6/6/11 4:01:29 PM 13 kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem). atur

Kembali ke atas