Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jalur (kata nama)
1. Bersinonim dengan belang: loreng, coreng, garis,

2. Rujuk lajur

Kata Terbitan : berjalur-jalur,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. algoritma Diffie-Hellman (Ig. Diffie-Hellman algorithm; Br. algoritma Diffie-Hellman, Id. algoritma Diffie-Hellman) Algoritma persetujuan kekunci yang dihasilkan pada

Kembali ke atas