Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ra/] | جارق

Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar (biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda (keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha mul­tifida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat minyak), Ricinus communis. minyak ~ a. minyak yg dibuat drpd buah jarak (biasanya digunakan utk minyak pelita dll). b. minyak utk mencuci perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan capaian kepada sistem komputer dengan hak pentadbir sistem. Perisian Back Orifice ini diklasifikasikan sebagai kod hasad dan boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus. Sinonim pintu jebak. pintu jebak (Ig aras keselamatan atur cara jahat Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 12 6/6/11 4:01:29 PM 13 kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem). atur cara kuda Trojan (Ig. Trojan horse program; Br. atur cara kekuda Trojan; Id. program kuda Troya) Perisian yang mempunyai suatu fungsi umum yang jelas tetapi mempunyai

Kembali ke atas