Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.te.go.ri] | کاتݢوري

Definisi : 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah pengguna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah); mengkategorikan memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; pengkategorian proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan: penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yg tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.te.go.ri] | کاتݢوري

Definisi : kumpulan atau kelas orang, barang-barang yg mempunyai ciri-ciri tertentu; jenis: Barang-barang itu dibahagikan kpd dua ~. mengkategorikan membahagikan mengikut kategori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kategori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kumpulan, golongan, bahagian, klasifikasi martabat, tingkatan, darjat.,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
issue; Br. isu persendirian; Id. isu privasi) Isu yang melibatkan kawalan dan hak pemilik maklumat ke atas pengumpulan, penyimpanan dan pengagihan maklumat peribadi individu atau maklumat sensitif organisasi. Terdapat tiga kategori utama isu persendirian, iaitu: i. Perkongsian maklumat dan penerima maklumat, ii. Keupayaan penukargantian maklumat secara rahsia, dan iii. Penyebaran maklumat secara anonim. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 42 6/6 Br. kunci simetrik; Id. kunci simetrik) Rentetan data yang digunakan sebagai kekunci untuk penyulitan dan penyahsulitan dalam kriptografi simetri. kelas capaian (Ig. access class; Br. kelas capaian; Id. kelas akses) Kategori capaian yang diberikan kepada pengguna untuk mencapai sumber yang mempunyai aras keselamatan yang berbeza yang terdapat dalam suatu sistem komputer. kepala pengesahan (AH) (Ig. authentication header (AH); Br. kepala pengesahsahihan

Kembali ke atas