Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kal] | ککل

Definisi : tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kal] | ککل

Definisi : ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Tiada kekal.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
kebakaran, dan kawalan serta pemantauan keselamatan. berorientasikan tiket (Ig. ticket-oriented; Br. berorientasikan tiket; Id. berorientasi tiket) Sistem perlindungan kandungan komputer yang melibatkan penetapan suatu siri bit yang unik dan kekal yang dinamakan tiket pada setiap objek dalam komputer yang dibenarkan untuk dicapai oleh sesuatu subjek. Contoh subjek ialah pengguna dan proses, manakala objek ialah data, fail, perkakasan, peranti, dan ruang sistem akan membekalkan beberapa pemboleh ubah yang berbeza-beza. Berdasarkan nilai pemboleh ubah yang diberikan, pengguna akan mengira nilai yang sepatutnya diberikan sebagai jawapan. Pengguna tidak diberikan kata laluan yang kekal tetapi diberikan rumus algebra yang unik, ataupun senarai rujukan atau jadual persilangan. Contohnya, pengguna diberikan rumusan (x 2 + 3y)/z sebagai algoritma yang unik dan kekal. Sistem pula akan membekalkan

Kembali ke atas