Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.leng.ka.pan] | کلڠکڤن

Definisi : 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.leng.ka.pan] | کلڠکڤن

Definisi : 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan. tapak panas (Ig. hot site; Br. tapak panas; Id. situs penting) Tapak sandaran yang mempunyai kelengkapan sistem rangkaian komputer yang sama dengan tapak asal bagi sesebuah organisasi. Sinkronisasi secara masa nyata diperlukan antara kedua-dua tapak panas dan tapak asal ini untuk mencerminkan persekitaran data tapak panas diwujudkan oleh organisasi yang melaksanakan pemprosesan masa nyata seperti institusi kewangan, agensi kerajaan dan penyedia e-dagang. Banding tapak sejuk. tapak sejuk (lg. cold site) Tapak sandaran yang mempunyai kelengkapan yang minimum berbanding tapak asal. Tapak ini bukan sahaja tidak mengandungi salinan data dan maklumat sandaran tetapi juga tanpa sangkalan tapak sejuk Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 132 6/6

Kembali ke atas