Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sebilangan pemboleh ubah yang belum lagi ditetapkan. Rumus yang sama akan disimpan oleh sistem untuk mengesahkan pengguna. Semasa proses pengesahan dilakukan, pengguna akan terlebih dahulu membekalkan pengenalan pengguna. Sistem komputer kemudian akan membekalkan beberapa pemboleh ubah sebagai cabaran. Pengguna seterusnya akan mengambil pemboleh ubah ini dan menggunakannya dalam rumus yang diberikan. Apabila jawapan bagi rumusan diperoleh, pengguna akan menginput jawapan ini memulakan komunikasi TCP. panggil semula (Ig. call back; Br. panggil balik; Id. panggil balik) Kaedah bagi mengenal pasti terminal jauh. Dalam kaedah ini, sistem hos memutuskan hubungan dengan pemanggil dan kemudian menelefon nombor terminal jauh yang sah bagi mengembalikan hubungan yang terputus. Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam capaian jauh adalah terhad kerana teknologi yang semakin maju. Sinonim dail semula. panggil semula keselamatan

Kembali ke atas