Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kamus teknologi maklumat: keselamatan komputer / penyusun Mazani Manaf ... [ et al.] (Siri kamus istilah MABBIM) ISBN 978-983-62-8748 pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar Zakaria (UM), Dr. Adli Abdul Wahid (UIAM) dan Dr. Hafiz Mohd. Sarim (UKM) yang begitu bersungguh-sungguh

Kembali ke atas