Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(74)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan. jenis capaian (Ig. access type; Br. jenis capaian; Id. tipe akses) Jenis hak capaian kepada suatu peranti, atur cara atau fail. Contohnya, baca, tulis, laksana, sambung, ubah, jalan, padam atau data, cubaan memanipulasi data input, output atau keputusan, atur cara aplikasi, fail data, komunikasi, perkakasan komputer dan perisian komputer, penipuan urus niaga atau pencurian identiti dalam sistem komputer bagi meraih keuntungan. penjana kata laluan (Ig. password generator; Br. penjana kata laluan; Id. pembangkit sandi lewat) Perisian yang menjana kata laluan secara rawak agar sukar diteka dan tidak menyamai sebarang perkataan dalam

Kembali ke atas