Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini; masa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,

Puisi
 

Dari dulu cermin cina,
     Kini sekarang patah kakinya;
Dari dulu abang punya,
     Kini sekarang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga kini hanya wujud dalam bentuk cip litar Clipper dan tidak wujud dalam bentuk perisian. algoritma RC2/RC4 (Ig. RC2/RC4 algorithm; Br. algoritma RC2/ RC4; Id. algoritma RC2/RC4) Dua jenis untuk membaca data dari ruang ingatan pengguna dan menulisnya ke objek. Setelah semua tindakan “baca” dan “tulis” lengkap, proses akan menjalankan arahan “tutup” untuk memaklumkan sistem pengendalian bahawa objek berkenaan kini bebas digunakan oleh proses lain. bukti konsep (Ig. proof of concept; Br. bukti konsep; Id. bukti konsep) Prototaip yang berfungsi untuk membuktikan suatu kaedah atau konsep dengan menggunakan input yang

Kembali ke atas