Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.ti.kal] | کريتيکل

Definisi : 1. menunjukkan atau mungkin me­nimbulkan krisis, boleh atau mungkin mener­bitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengan­dungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kritikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan suka mengkritik: tajam akal, pintar, suka menegur, suka membidas, suka mencela, suka mengutuk,

2. Bersinonim dengan tegang: runcing, genting, mustahak, penting, serius,
Berantonim dengan tenang.



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Id. keamanan pemrosesan data automatis; sekuritas pemrosesan data automatis) Lihat keselamatan AIS. keselamatan pengendalian (Ig. operation security (OPSEC); Br. keselamatan pengendalian (OPSEC); Id. keamanan/ sekuritas operasi) Perihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiga langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna

Kembali ke atas