Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da] | کودا

Definisi : 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da] | کودا

Definisi : 1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
atau kemahuan pengguna sistem komputer berkenaan. Kewujudannya pada sistem komputer berlaku akibat pemasangan suatu perisian lain yang sah atau merupakan muat beban yang disebarkan daripada kod hasad seperti virus dan kuda Trojan. Atur cara ini melakukan beberapa tindakan hasad seperti merakamkan aktiviti pengguna tanpa kebenaran (perisian intipan), mempamerkan iklan yang tidak diingini aras keselamatan atur cara jahat Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 12 6/6/11 4:01:29 PM 13 kepada pengguna (perisian iklan), dan juga merampas modem untuk membuat panggilan jarak jauh (perampas modem). atur cara kuda Trojan (Ig. Trojan horse program; Br. atur cara kekuda Trojan; Id. program kuda Troya) Perisian yang mempunyai suatu fungsi umum yang jelas tetapi mempunyai kod tambahan, iaitu kod kuda Trojan

Kembali ke atas