Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laun] | لاءون

Definisi : lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu, beberapa lamanya; berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan): kerja jangan ~ leka; melaun-laun melengah-lengahkan, melambat­-lambatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[laun] | لاءون

Definisi : lambat; lengah; perlahan-lahan: lambat ~ lama-kelamaan. berlaun mengerjakan sesuatu dgn lambat. melaun-laun melambat-lambatkan; melengah-lengahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laun
Rujuk :lambat

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sepantun elang dengan ayam,
     lambat-laun disambar juga.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
laluan atau kekunci penyulitan. Contohnya, untuk mendapatkan kata laluan, penyerang akan mencuba setiap aksara alfanumerik. Manakala, untuk mendapatkan kekunci penyulitan, penyerang akan mencuba setiap kemungkinan kombinasi bit. Serangan ini lambat-laun pasti mendatangkan kejayaan kerana penyerang telah mencuba semua kemungkinan, tetapi akan mengambil masa yang lama. Serangan ini memerlukan perkakasan khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat dapatan maklumat. serangan kamus (Ig

Kembali ke atas