Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ka] | ليک

Definisi : (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyik­kan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ka] | ليک

Definisi : /léka/ lalai oleh sesuatu; asyik dgn sesuatu; lengah: Tiap-tiap petang, ia ~ dgn hobinya. melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. peleka orang yg selalu leka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leka
Rujuk :asyik

Peribahasa

Leka di kerak jarang,
     kuku habis perut tak kenyang,
burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
keadaan penyelia (Ig. supervisor state; Br. keadaan pengawas; Id. keadaan pengawas) Keadaan pada protokol telefon awam seperti SS-7 yang bertindak memerhati talian telefon untuk melihat status talian sama ada leka atau mengandungi isyarat permohonan perkhidmatan. kebersendirian data (Ig. data privacy; Br. kebersendirian data; Id. pribadi data) Data yang mengandungi kesemua maklumat peribadi seseorang pengguna rangkaian komputer seperti nama, alamat, status

Kembali ke atas