Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : lengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg ber­talu-talu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Penggunaan algoritma kriptosistem dalam komputer atau mikropemproses untuk melakukan proses penyulitan atau penyahsulitan bagi tujuan melindungi maklumat atau mengesahkan pengguna, sumber atau maklumat. kriptografilengkungeliptik(Ig. elliptical curve cryptography; Br. kriptografi lengkung eliptik; Id. kriptografi kurva eliptik) Kaedah kriptografikekunciawamberasaskankaedahmatematik menggunakan logaritma diskret ke atas lengkung eliptik yang diungkapkan sebagai: y 2 = x 3 + ax + b Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Neal Kobllitz dan Victor S. Miller pada tahun 1985. kriptografi satu hala (Ig. one way

Kembali ke atas