Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.na/] | لونق

Definisi : 1. lwn keras, empuk, lembut: buah ini isinya manis ~; binatang ~ binatang tidak bertulang belakang yg lembik badannya dan biasanya berkulit keras (spt siput, tiram, sotong, dll); 2. ki tidak keras (suara, bunyi, dll), lembut: ia menjawab dgn suara ~ memujuk; 3. tidak cepat marah, sabar, tenang: wanita itu sifatnya ~; 4. tidak keras (mem­pertahankan pendiriannya dll), tidak degil; ~ hati mahu menurut kata orang, tidak degil; ~ disudu, keras ditakik prb yg mahu menurut kata diperlakukan dgn lemah lembut, yg menentang digagahi; ~ gigi drpd lidah prb bersikap lemah lembut atau merendahkan diri; melunak menjadi lembut, (hati, sikap, dll): matanya yg garang menyala itu lambat­-laun ~ kembali; melunaki bersikap lembut (sabar dsb) kpdseseorang, mengenakan kata-kata yg haluskpd seseorang, membujuki; melunakkan mengempukkan (makanan dll), melembutkan (hati, suara, dll): Sidik dgnsengaja ~ suaranya; memperlunak menjadikan lebih lunak: pemerintah Perancis masih saja tidak ~ sikapnya terhadap bangsa Arab; ~ hati ki melembutkan hati, meredakan (menenang­kan) hati; kelunakan perihal lunak, kelembutan: ~ pendirian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.na/] | لونق

Definisi : 1 lembut; empuk: Buah pauh ini ~ isinya. binatang ~ binatang yg tidak bertulang belakang lagi lembik badannya dan selalunya berkulit keras (spt siput, tiram). 2 lembut dan merdu (bkn suara atau bunyi): Penyanyi itu sangat ~ suaranya. 3 tidak lekas marah; sabar. melunakkan 1 menjadikan lunak; mengempukkan (makanan dll). 2 melembutkan suara (hati dll). kelunakan keadaan lunak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lunak
Rujuk :lembut

Peribahasa

Lunak gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
rangkaian luar yang dimantapkan dengan mekanisma keselamatan supaya boleh menangkis serangan dan mengelakkan pencerobohan ke atas komputer dan peranti dalaman. perisian antivirus (Ig. antivirus software; Br. perisian antivirus; Id. perangkat lunak antivirusi) Perisian yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus yang terdapat dalam komputer. Contohnya, perisian Kaspersky, Norton AntiVirus dan McAfee. perisian intip (Ig. spyware) Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada

Kembali ke atas