Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
rangkaian awam yang diragui keselamatannya. keadaan penyelia (Ig. supervisor state; Br. keadaan pengawas; Id. keadaan pengawas) Keadaan pada protokol telefon awam seperti SS-7 yang bertindak memerhati talian telefon untuk melihat status talian sama ada leka atau mengandungi isyarat permohonan perkhidmatan. kebersendirian data (Ig. data privacy; Br. kebersendirian data; Id. pribadi data) Data yang mengandungi kesemua maklumat peribadi seseorang pengguna rangkaian iaitu suatu aksara dalam teks biasa boleh digantikan dengan satu daripada dua atau lebih aksara dalam teks sifer. Penggantian ini dilakukan, sama ada dengan berbantukan suatu kekunci penggantian atau dengan melihat kedudukan aksara dalam teks. Contohnya, aksara ‘A’ boleh ditukar kepada huruf ‘F’, sekiranya berada dalam kedudukan ganjil dan boleh ditukar kepada huruf ‘J’, sekiranya berada dalam kedudukan genap. Perkataan ‘AA

Kembali ke atas