Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari muara mudik ke hulu,
     Sambil menyanyi mendayung sampan;
Belum bersuara tersenyum dulu,
     Menambah seri wajah rupawan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
access; Br. capaian tulis; Id. akses tulis) Tahap kebenaran yang membolehkan seseorang pengguna atau atur cara menulis atau mengubah kandungan sesuatu fail. Capaian tulis boleh membenarkan pengguna atau atur cara menambah atau memadamkan kandungan direktori. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 23 6/6/11 4:01:33 PM 24 cecacing Internet cecacing rangkaian cincang sehala ciri keselamatan cecacing Internet (Ig. Internet ranah sekuritas) Objek atau aplikasi yang boleh dicapai oleh seseorang pengguna atau suatu proses dengan had aras keselamatan yang dimilikinya. Contohnya, pengguna yang mempunyai aras keselamatan ‘PENTADBIR’ mempunyai hak untuk menambah dan membatalkan pengguna. domain masa mengarau percakapan (Ig. speech scrambling time domain; Br. domain waktu pencampuradukan tutur; Id. ranah waktu pengacakan wicara) Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan proses penyusunan terhadap

Kembali ke atas