Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wa.si] | مڠاوسي

Definisi : 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wa.si] | مڠاوسي

Definisi : 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawasi


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Ig. spyware) Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkah laku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web

Kembali ke atas