Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tah.men.tah] | منته٢

Definisi : 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tah.men.tah] | منته٢

Definisi : 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
daripada organisasi. Rangkaian ini tidak terbuka kepada Internet. Ekstranet membolehkan rakan atau sekutu mencapai sistem maklumat organisasi. Contohnya, pembekal dapat mencapai sistem inventori organisasi tersebut bagi mengetahui paras stok bahan mentah mereka dan seterusnya membekalkan stok tambahan. Data yang dihantar keluar dan masuk sesebuah Ekstranet disulitkan bagi memelihara keselamatan dan kerahsiaan organisasi. e-mel remeh (Ig. junk e-mail) Lihat penspaman Br. pemprosesan data berautomasi; Id. pemrosesan data automatis) Lihat sistem maklumat berautomasi (AIS). pemprosesan log (Ig. log processing, Br. pemprosesan log; Id. pemprosesan log) Perbuatan menukarkan log asal atau log mentah yang direkod oleh sistem kepada bentuk yang mudah difahami untuk tujuan analisis. pemvaksinan (Ig. vaccination; Br. suntikan; Id. vaksinasi) Aktiviti pemasangan kod tampung pada perisian atau sistem komputer untuk membaiki

Kembali ke atas