Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
data terlarang semasa komunikasi. cangkerang soket selamat (SSS) (Ig. secure socket shell (SSS); Br. shell soket selamat (SSS); Id. shell soket aman) Perisian antara muka yang membekalkan protokol keselamatan untuk menyambung dan mengendalikan komputer lain dengan selamat. Cangkerang ini meliputi tiga perisian utiliti keselamatan, iaitu slogin, SSH dan SCP. Perakuan digital RSA digunakan untuk pengesahan pengguna dan penyambungan sistem pelanggan ke PM 36 gadaian hutang gadaian sah guna semula objek guna semula objek G gendong (Ig. piggyback; Br. gendong; Id. gendong) Perbuatan memperoleh capaian ke suatu sistem sasaran secara terlarang dengan menyambung kepada beberapa sistem perantaraan yang telah pun mempunyai sambungan yang sah ke sistem sasaran tersebut. get laluan aplikasi (Ig. application gateway; Br. get laluan aplikasi; Id. gerbang aplikasi) Lihat get

Kembali ke atas