Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
IDEA pula digunakan untuk penyulitan data selepas penyambungan. cap kaki sifar (Ig. zero-footprint; Br. sifar-cetak kaki; Id. nol cetak kaki) Ciri untuk perisian keselamatan pelayan dan penyulitan yang menyatakan bahawa perisian keselamatan berkenaan berjaya dipasang pada sistem pengguna yang mencapai pelayan tersebut tanpa gangguan dan pengetahuan pengguna. cap masa (Ig. timestamp; Br. cop waktu; Id. cap waktu) Rekod masa mikro melalui perantara penghantaran, seperti wayar telefon dan gelombang radio. prinsip ketenangan (Ig. tranquility principle; Br. prinsip trankuiliti; Id. prinsip ketenteraman) Prinsip yang digunakan dalam model Bell-La Padula yang menyatakan bahawa klasifikasi keselamatan yang diberikan pintu jebak prinsip ketenangan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 104 6/6/11 4:02:02 PM 105 kepada suatu subjek, seperti pengguna atau objek

Kembali ke atas