Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan

Kembali ke atas