Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nat] | مينت

Definisi : keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~; berminat menaruh perhatian akan, cende­rung kpd, gemar akan: seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah negara; meminati menggemari, memerhatikan, meng­inginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nat] | مينت

Definisi : kecenderungan atau keinginan kpd sesuatu: ~nya utk belajar sangat kuat. berminat menaruh keinginan; cenderung; gemar. meminati berminat terhadap sesuatu; menggemari sesuatu: Dia sudah lama ~ sukan. peminat orang yg berminat terhadap sesuatu; penggemar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minat (kata nama)
Bersinonim dengan kegemaran, kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan, hobi;,
Kata Terbitan : berminat, meminati, peminat,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan-ke-rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna

Kembali ke atas