[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي
Definisi : kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, tersusun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organisasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg teratur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu: institusi itu menitikberatkan ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي
Definisi : kesatuan (susunan) berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujuan tertentu. mengorganisasikan menyusun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga menjadi sebuah organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)