Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Bermaksud :

Cepat bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
perkataan atau ungkapan bahasa yang mungkin dijadikan sebagai ID penguna atau kata laluan. Set data ini akan digunakan bersama-sama alat penggodaman sebagai bahan rujukan untuk membolehkan penggodam meneka dengan pantas kemungkinan pasangan ID dan kata laluan pengguna. kata laluan guna sekali (Ig. one-time password; Br. kata laluan sekali; Id. sandi lewat sekali) Kaedah pengesahan pengguna berasaskan teknik cabar-sahut 6/11 4:01:46 PM 63 sifer blok, sifer aliran dan kod pengesahan mesej. Kelebihan kriptografi ini berbanding kriptografi kekunci awam adalah kadar masa yang diperlukan untuk melaksanakannya lebih pantas. kriptografi kekunci tunggal (Ig. single key cryptography; Br. kriptografi kekunci tunggal; Id. kriptografi kunci tunggal) Kaedah penyulitan yang menggunakan hanya satu kekunci untuk penyulitan dan penyahsulitan. Kekunci rahsia ini akan

Kembali ke atas